Sejarah Myrrh





Apa itu Morhabshi?


Menurut Wikipedia:  Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagaiMorhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.





Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:

Resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. 

Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno,myrrh dinilai
lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu.

Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus.  Diceritakan bahawa Maharaja Nero,iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada
pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.



Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.

Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.



Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampur bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. 

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.


Pengasas Minyak Herba Morhabshi 

Beliau adalah Ustaz Dr. (H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah

Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. 

Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan tradisional dan sebuah buku rawatan Homeopathy.

Kitab "Al-Tabib Walhikmah" karangan beliau mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan.


Buku rawatan homeopathy pula mengandungi ramuan-ramuan berasaskan homeopathy berdasarkan praktis beliau sebagai Doktor Homeopathy dan pengalaman bersama DR. Azizan (pengasas Era Edar).

Insya-Allah, kami akan muatkan isi kandungan kitab-kitab tersebut dalam blog ini dari semasa ke semasa.



Rujukan
Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983. 
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) 
, Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi



No comments:

Post a Comment